Friday, 27 May 2011

langkah PETAMA ku,...

22/05/2011

Shahril minat kerja kerajaan





SUATU ketika dulu pekerjaan di jabatan kerajaan payah benar menarik minat anak muda. Apatah lagi sektor swasta dilihat sebagai lubuk wang.
Hari ini keadaan sebaliknya berlaku. Anak muda lebih tertarik terjun ke sektor kerajaan. Ada yang sanggup meninggalkan pekerjaan bila dapat tawaran bekerja di jabatan kerajaan.
Ahmad Shahrilzam Majery, salah seorang yang memilih kerjaya di sebuah jabatan kerajaan. Apatah lagi bapanya seorang kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai pegawai polis.
“Saya rasa anak muda hari ini tertarik dengan sektor kerajaan sebab mahu mendapat skim pencen.
“Lagipun selain itu banyak lagi kelebihan yang ada dalam sektor kerajaan,” kata Shahrilzam kepada Pancaindera.
Sementara itu Shahrilzam juga sudah berjinak-jinak dengan dunia peragaan sejak hujung tahun lalu.
“Saya ada menyertai satu pertandingan pencarian bakat baru di Johor. Daripada situ saya mula dapat tawaran memperaga.
“Tapi peragaan di Johor lebih kepada memperaga pakaian pengantin saja,” jelasnya lagi.
Dia bekerja sepenuh masa dan hanya memperuntukkan hujung minggu sahaja untuk peragaan.
Lazimnya dia bekerja pada waktu pejabat, jadi pada masa tidak bekerja Shahrilzam sempat meluangkan masa untuk kerja sampingan.
“Saya hanya jadikan peragaan sebagai kerja separuh masa sahaja,” kata anak muda asal Terengganu ini.
Shahrilzam yang minat membaca itu turut tertarik dengan liputan pasal anak-anak remaja yang terdedah dengan gejala jenayah.
“Sedih bila lihat remaja hari ini terjebak dengan jenayah. Kita nak salahkan ibu bapa pun tak boleh juga.
“Saya nampak gejala ini berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Mereka perlukan perhatian, bila tak ada yang beri perhatian, mereka cenderung melakukan apa sahaja.
“Sebab itulah ibu bapa perlu tahu dengan siapa dan ke mana anak mereka keluar. Takut nanti mereka akan terdedah dengan gejala tidak sihat,” katanya.